Tips meningkatkan jualan web anda

 Tips meningkatkan jualan web anda

Tips 1 : Tentukan Niche Website Ecommerce Anda

Sebelum anda membangunkan laman ecommerce anda sendiri, fikirkan dahulu niche produk yang ingin anda jual di internet. Contohnya, adakah anda ingin membuka website barangan elektrik? atau website yang menjual barangan perabot? atau website yang menjual pakaian?
Elakkan memasukkan pelbagai produk dalam niche yang berbeza-beza ke dalam satu website ecommerce seperti, menjual kuih raya , baju jersi dan powerbank. Ianya kelihatan janggal dan agak mengelirukan kepada bakal pembeli.

Tips 2 : Berikan Informasi Produk Yang Lengkap

Apa jua kuantiti, jenis, nama dan kategori produk yang anda muatkan dalam laman web ecommerce anda, masukkan seberapa banyak maklumat yang lengkap supaya pelawat website anda tidak tertanya-tanya tentang itu dan ini.
Sebagai contoh, jika anda menjual buku islamik, nyatakan berapa muka surat yang di miliki buku tersebut, apa sinopsisnya, bagaimana rupanya, dan berapa berat timbangan serta saiznya.
Jika anda menjual produk dalam kuantiti seperti sebotol syampu mandian bayi, nyatakan juga berat, saiz dan lain-lain maklumat. Produk yang di sertakan dengan pelbagai maklumat yang lebih lengkap akan memberi keyakinan untuk pembeli untuk mula membeli.

Tips 3 : Gambar Produk

Gambar merupakan elemen yang penting untuk menarik perhatian mata pembeli. Ayat jualan dan keterangan lengkap pula akan memancing hati mereka untuk membuat keputusan bagi membeli dari anda.
Kuantiti gambar yang anda masukkan ke dalam ecommerce anda antara perkara kritikal yang perlu anda beri fokus. Anda harus ingat bahawa pembeli yang membeli melalui internet atau secara offline memang banyak bezanya. Seorang suri rumah yang mahu membeli sebuah pasu bunga dari sebuah kedai akan membelek-belek pasu itu untuk melihat ukiran bunga yang ada.
Di internet mereka tidak dapat menyentuh dan melakukan hal yang sama. Oleh itu anda perlu membina keyakinan dan kepercayaan mereka dengan meletakkan gambar yang jelas, terang dengan kualiti yang tinggi. Elakkan daripada meletakkan gambar yang kabur dan kurang jelas.
Gambar yang terbaik ialah gambar yang menggunakan background warna putih, terang ,jelas serta sederhana saiznya. Sebaiknya, letak beberapa keping gambar produk yang di ambik dari sudut yang berbeza samada depan, belakang atau dari sudut sisi.

Tips 4 : Produk “On Sale”

Sebaiknya, setiap bulan, pilih beberapa produk untuk ditawarkan sebagai produk “on sale”.  Terbaik, jika anda dapat tawarkan produk yang berharga dibawah RM50.
Perkara ini sangat bagus untuk menarik pembeli-pembeli membuat pembelian mereka yang pertama.  Apabila mereka telah membuat pembelian yang pertama dan mendapati produk tersebut benar-benar sampai kepada mereka. Ianya akan membina kepercayaan mereka terhadap website e-commerce anda. Pada masa hadapan, mereka tidak akan berasa teragak-agak lagi untuk membeli dari website anda.
Selain itu, ramai juga pembeli yang sukakan “jualan murah”. Asalkan sahaja ada promosi jualan murah, ianya akan membuatkan mereka berasa teruja untuk membeli.

Tips 5 : Kategorikan Produk Anda

Ecommerce biasanya di ibaratkan satu gedung yang cukup besar untuk membeli. Jika sebuah ecommerce itu ada menjual buku, maka kuantiti dan kategorinya cukup luas. Maka, bantulah pembeli anda untuk membuat pilihan mengikut kategori contohnya kategori untuk buku islamik, masakan, motivasi, kanak-kanak, diskaun bulanan atau kategori novel.
Selain kategori topik, katehori harga juga boleh dipertimbangkan seperti, kategorikan produk yang berharga RM100 kebawah, RM100 – RM200, dan sebagainya. Ini kerana, ramai juga pengguna yang akan melihat harga produk terlebih dahulu di dalam membuat pertimbangan dan memilih sesuatu produk sebelum membelinya.

Dengan menggunakan tips mudah di atas, insyaAllahwebsite  ecommerce anda akan kelihatan lebih tersusun kemas dan terurus. Para pelawat juga senang untuk membeli dari ecommerce anda. Semoga dengan tips ini ia akan membantu untuk menaikkan lagi jualan bisnes anda,InsyaAllah.
Sumber

0 Response to "Tips meningkatkan jualan web anda"

Post a Comment