Anak Linda Rafar meninggal dunia

Anak Linda Rafar meninggal dunia - anak kedua kepada penyanyi dan pelakon Linda Rafar meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini semalam.
Adik kepada penyanyi tersebut, Diana Rafar ketika dihubungi mengesahkan mengenai kematian anak saudaranya, Rezaimen Kiflin Kifli, 12.
"Jenazah di bawa ke kediaman Linda sendiri di Seksyen 6, Shah Alam," katanya kepada Utusan Online.
Rezaimen yang merupakan anak kedua Linda hasil daripada perkahwinan pertama bersama bekas suami Keifli Othman dimasukkan ke wad HUKM sekitar Mac lalu.
Sementara itu, Linda yang masih gagal dihubungi pernah memberitahu anaknya itu mengalami ketumbuhan kronik dalam perut dan perlu menjalani rawatan lanjut.
Di dalam laman Instagram milik Linda, dia meluahkan rasa sedih dengan kehilangan anaknya.
Linda memuat naik gambar anaknya dengan kapsyen berbunyi "Al-Fatihah.. Moga anak mama tenang di syurga Allah.". - UTUSAN ONLINE

Coretan Hati Anak Linda Rafar Sebelum Meninggal Dunia

Anak Linda Rafar meninggal dunia






Sumber-mymetro

Tips meningkatkan jualan produk anda dalam online


Tips meningkatkan jualan produk anda dalam online


1. Adakah produk anda membantu menyelesaikan masalah orang? Semak semula mesej jualan anda, adakah ianya dapat membantu bakal pembeli anda menyelesaikan masalah mereka. Produk yang mampu menyelesaikan masalah, pasti akan mendapat sambutan yang mengalakkan. Jika anda tidak dapat fikirkan bagaimana produk anda dapat membantu orang ramai emnyelesaikan masalah, mungkin anda perlu cari produk yang lain..

2. Ceritakan, bagaimana anda menyelesaikan masalah anda sendiri menggunakan kaedah/produk tersebut sebelum anda menjual produk tersebut kepada pelanggan anda. Biarkan bakal pembeli merasakan.. “Wah! masalah yang dia hadapi, sama seperti masalah yang aku sedang hadapi sekarang!”.

3. Semak dan betulkan segala kesalahan ejaan yang ada. Kesalahan ejaan pada ayat-ayat jualan atau website anda, boleh menurunkan sedikit keyakinan pembeli untuk membeli.

4. Pastikan bakal pelanggan anda tahu bahawa mereka membeli dari seorang “manusia”. Cuba gunakan perkataan serta ayat-ayat yang lebih personal dan mesra , kalau boleh, jangan terlalu formal sangat. Pastikan ayat anda berbunyi seperti manusia dan bukannya “ayat mesin”.

5. Nyatakan, bagaimana ciri-ciri (feature) produk anda dapat memberikan faedah (benefit) kepada pembeli.  Contohnya, komputer ini mempunyai RAM sebanyak 10Gb (feature) , oleh itu ia mampu membantu anda melakukan segala kerja anda dengan pantas (benefit).

6. Letakkan gambar anda pada profile atau website jualan anda. Orang lebih mudah percaya apabila mereka dapat melihat gambar anda.

7. Sediakan bonus tambahan. Bonus yang bagus dan banyak akan menjadikan tawaran anda kelihatan semakin menarik.

8. Berikan jaminan. Jaminan boleh berupa jaminan pulangan wang, atau jaminan produk sampai dalam masa beberapa hari, atau jaminan penukaran produk jika didapati produk tersebut tidak seperti yang dijangkakan oleh pembeli.

9. Ada testimonial? Jika ada, paparkan ia pada ayat jualan anda, ianya mampu memberikan impak yang besar kepada jualan produk anda.

10. Kenalpasti semua alasan pembeli untuk tidak membeli, dan berikan jawapan balas sebaik mungkin.

11. Mungkin anda boleh tawarkan percubaan/sample percuma?

12. Jika produk anda berada pada harga premium, mungkin boleh berikan pilihan bayaran secara ansuran kepada pembeli?

13. Mungkinkah mesej jualan anda mengelirukan? Cuba dapatkan anak atau kanak-kanak berumur 9-12 tahun, minta mereka baca, adakah mereka faham apa yang anda sedang jual?

14. Berikan sebab mengapa bakal pembeli perlu membeli produk anda hari ini? Jika mereka tiada sebab untuk beli produk anda hari ini, mungkin mereka tidak akan membeli produk anda sampai bila-bila..

15. Apabila menulis ayat jualan, jangan bayangkan anda sedang menulis atau bercakap kepada ramai orang, tetapi bayangkan anda sedang bercakap dengan hanya kepada “seorang” bakal pelanggan sahaja.

16. Bolehkah anda berikan sedikit demo tentang produk anda? Mungkin demo dalam bentuk  video bagaimana produk tersebut berfungsi atau bagaimana untuk menggunakannya?

17. Berikan bukti bahawa apa yang anda katakan adalah benar. Bukti tersebut boleh berbentuk statistik, kajian, survey, testimonial, kes studi ataupun berita-berita serta isu terkini yang mungkin boleh dikaitkan dengan produk anda.

18. Sediakan beberapa pakej dan harga untuk produk anda. Ianya akan menjadikan harga produk anda kelihatan “lebih” berpatutan untuk dimiliki.

19. Permudahkan borang tempahan dan proses pembelian.

20. Sediakan nombor telefon yang boleh dihubungi. Kadangkala, bakal pelanggan mahu mengesahkan kewujudan anda dan bertanya sedikit soalan sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli.

21. Sediakan  ruangan FAQ/Soalan Lazim. Ianya akan memudahkan pelanggan mendapat jawapan bagi persoalan-persoalan yang mungkin akan menghalang diri mereka untuk membeli produk anda jika soalan tersebut tidak dijawab.

22. Menurut Drayton Bird, seorang pakar copywriting, apabila anda membuat iklan, pastikan iklan anda menyentuh salah satu dari 9 kemahuan manusia ini, iaitu.. (1) buat duit , (2) jimat duit, (3) jimat masa dan usaha, (4) buat sesuatu yang bagus untuk keluarga , (5) rasa selamat, (6)mengagumkan orang lain, (7) mendapat pujian, (8) memperbaiki diri dan (9) menyertai sesuatu golongan atau kumpulan yang “special”.

23. Adakah anda menggunakan perkataan “Beli Sekarang!” pada butang pembelian anda? Mungkin anda boleh cuba tukarkan kepada “Dapatkan Sekarang!” , “Sertai kami!” atau ayat-ayat lain yang tidak begitu kelihatan terlalu “menjual”.

24. Adakah iklan anda kelihatan kelakar? Komedi kadangkala boleh menjadi sangat berkesan dalam melariskan produk, tetapi kadangkala, ia juga boleh menghancurkan minat bakal pembeli untuk membeli. Unsur komedi dalam jualan seringkali tidak dapat dijangka. Jika komedi tidak begitu berkesan pada iklan anda, mungkin anda boleh cuba ayat yang lebih serius.. ataupun sebaliknya.

25. Cuba besarkan font anda.

26. Jual mahal sedikit. Contohnya.. “Jangan beli produk ini, KECUALI,  anda memang benar-benar mahu [nyatakan manfaat produk anda] . Produk ini adalah terhad, jadi, berikan peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukannya sahaja!”.  
Atau, ayat lain yang boleh digunakan.. “Terus-terang saya katakan, produk ini bukanlah untuk semua orang..”, ianya akan mengangkat sedikit rasa “special” dalam diri bakal pembeli.

27. Bagaimana dengan P.S anda? Untuk kesan yang terbaik, anda perlu nyatakan semula manfaat utama yang akan diperolehi oleh bakal pembeli, jaminan yang diberikan, serta sebab mengapa mereka perlu beli segera produk anda di ruangan PS ini.

28. Merawat lebih baik dari mencegah. Yup! Ianya sedikit terbalik dari slogan biasa apabila tiba bab “menjual produk”.  Jika anda menjual produk yang berkaitan kesihatan, produk yang berfungsi untuk “merawat” atau “mengubati” adalah lebih senang untuk dijual berbanding produk yang berfungsi untuk “mencegah”. Orang lebih gemar untuk “menyelesaikan masalah” yang sedang mereka hadapi, berbanding “mencegah” sesuatu yang hanya “mungkin” akan mereka hadapi suatu hari nanti. Oleh itu, tekankan, kepada “apa yang boleh diubati”, berbanding “apa yang boleh dicegah”.

29. Dapatkan “endorsement” . Mungkin anda boleh dapatkan “endorsement” produk anda dari pihak-pihak yang berpengaruh seperti selebriti atau pihak-pihak yang berauthoriti .

30. Nyatakan sebab mengapa anda menawarkan produk anda. Ayat yang menyatakan sebab, akan meningkatkan kadar respon pembeli. Contohnya.. “Dapatkan sekarang produk ini!”  kurang berkesan beranding “Dapatkan sekarang produk ini kerana stok adalah terhad !”

31. Gunakan sosial media serta forum untuk mendengar dan memerhati masalah-masalah yang dihadapi oleh pasaran sasaran anda. Apakah masalah mereka? Apakah perkataan atau ayat yang mereka gunakan di dalam menyatakan masalah mereka? Kumpulkan info-info tersebut dan gunakan ia untuk membolehkan anda berkata-kata menggunakan “bahasa” yang sama dengan mereka.
Itulah serba sedikit tips yang dapat kami kongsikan pada kali ini. Ianya mungkin nampak ringkas , tetapi ia sebenarnya mempu memberikan kesan yang besar kepada prestasi jualan anda jika anda mengaplikasikannya.

Jika anda turut mempunyai tips yang terbaik bagaimana seseorang boleh meningkatkan jualan mereka secara online, mungkin anda boleh kongsikan tips tersebut di ruangan komen.

Sekian. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Tips meningkatkan jualan web anda

 Tips meningkatkan jualan web anda

Tips 1 : Tentukan Niche Website Ecommerce Anda

Sebelum anda membangunkan laman ecommerce anda sendiri, fikirkan dahulu niche produk yang ingin anda jual di internet. Contohnya, adakah anda ingin membuka website barangan elektrik? atau website yang menjual barangan perabot? atau website yang menjual pakaian?
Elakkan memasukkan pelbagai produk dalam niche yang berbeza-beza ke dalam satu website ecommerce seperti, menjual kuih raya , baju jersi dan powerbank. Ianya kelihatan janggal dan agak mengelirukan kepada bakal pembeli.

Tips 2 : Berikan Informasi Produk Yang Lengkap

Apa jua kuantiti, jenis, nama dan kategori produk yang anda muatkan dalam laman web ecommerce anda, masukkan seberapa banyak maklumat yang lengkap supaya pelawat website anda tidak tertanya-tanya tentang itu dan ini.
Sebagai contoh, jika anda menjual buku islamik, nyatakan berapa muka surat yang di miliki buku tersebut, apa sinopsisnya, bagaimana rupanya, dan berapa berat timbangan serta saiznya.
Jika anda menjual produk dalam kuantiti seperti sebotol syampu mandian bayi, nyatakan juga berat, saiz dan lain-lain maklumat. Produk yang di sertakan dengan pelbagai maklumat yang lebih lengkap akan memberi keyakinan untuk pembeli untuk mula membeli.

Tips 3 : Gambar Produk

Gambar merupakan elemen yang penting untuk menarik perhatian mata pembeli. Ayat jualan dan keterangan lengkap pula akan memancing hati mereka untuk membuat keputusan bagi membeli dari anda.
Kuantiti gambar yang anda masukkan ke dalam ecommerce anda antara perkara kritikal yang perlu anda beri fokus. Anda harus ingat bahawa pembeli yang membeli melalui internet atau secara offline memang banyak bezanya. Seorang suri rumah yang mahu membeli sebuah pasu bunga dari sebuah kedai akan membelek-belek pasu itu untuk melihat ukiran bunga yang ada.
Di internet mereka tidak dapat menyentuh dan melakukan hal yang sama. Oleh itu anda perlu membina keyakinan dan kepercayaan mereka dengan meletakkan gambar yang jelas, terang dengan kualiti yang tinggi. Elakkan daripada meletakkan gambar yang kabur dan kurang jelas.
Gambar yang terbaik ialah gambar yang menggunakan background warna putih, terang ,jelas serta sederhana saiznya. Sebaiknya, letak beberapa keping gambar produk yang di ambik dari sudut yang berbeza samada depan, belakang atau dari sudut sisi.

Tips 4 : Produk “On Sale”

Sebaiknya, setiap bulan, pilih beberapa produk untuk ditawarkan sebagai produk “on sale”.  Terbaik, jika anda dapat tawarkan produk yang berharga dibawah RM50.
Perkara ini sangat bagus untuk menarik pembeli-pembeli membuat pembelian mereka yang pertama.  Apabila mereka telah membuat pembelian yang pertama dan mendapati produk tersebut benar-benar sampai kepada mereka. Ianya akan membina kepercayaan mereka terhadap website e-commerce anda. Pada masa hadapan, mereka tidak akan berasa teragak-agak lagi untuk membeli dari website anda.
Selain itu, ramai juga pembeli yang sukakan “jualan murah”. Asalkan sahaja ada promosi jualan murah, ianya akan membuatkan mereka berasa teruja untuk membeli.

Tips 5 : Kategorikan Produk Anda

Ecommerce biasanya di ibaratkan satu gedung yang cukup besar untuk membeli. Jika sebuah ecommerce itu ada menjual buku, maka kuantiti dan kategorinya cukup luas. Maka, bantulah pembeli anda untuk membuat pilihan mengikut kategori contohnya kategori untuk buku islamik, masakan, motivasi, kanak-kanak, diskaun bulanan atau kategori novel.
Selain kategori topik, katehori harga juga boleh dipertimbangkan seperti, kategorikan produk yang berharga RM100 kebawah, RM100 – RM200, dan sebagainya. Ini kerana, ramai juga pengguna yang akan melihat harga produk terlebih dahulu di dalam membuat pertimbangan dan memilih sesuatu produk sebelum membelinya.

Dengan menggunakan tips mudah di atas, insyaAllahwebsite  ecommerce anda akan kelihatan lebih tersusun kemas dan terurus. Para pelawat juga senang untuk membeli dari ecommerce anda. Semoga dengan tips ini ia akan membantu untuk menaikkan lagi jualan bisnes anda,InsyaAllah.
Sumber

Jimatkan pelan pascabayar anda dengan mematikan service voicemail

Jimatkan pelan pascabayar anda dengan mematikan service voicemail-ini adalah kempen khas untuk semua pengguna pelan pascabayar atau postpaid di Malaysia.

Tahukah anda bahawa anda dikenakan caj sebanyak RM0.08 sen ke RM0.10 sen untuk setiap kali panggilan masuk yang tidak dijawab.

Secra automatik semua panggilan akan disambut oleh sistem voicemail. Ya, tidak kira apa pilihan Telco anda.

Jimatkan pelan pascabayar anda dengan mematikan service voicemail

Telco membuat keuntungan berjuta ringgit daripada servis voicemail yang mungkin anda tidak guna ini. Kalau tidak guna, kenapa nak terus bayar?

Oleh itu mari kita matikan servis voicemail ini jika kita tidak gunapakai untuk menjimatkan duit.

Untuk deactivate servis voicemail boleh ikut arahan di bawah berdasarkan Telco masing-masing.

Sila dial :

Celcom ##002#
Digi *128#
Maxis ##109#
Umobile ##002#

Tune Talk ##002#


Jika berjaya, anda akan dapat mesej "Call forwarding, All, Erase successful".


Jimatkan pelan pascabayar anda dengan mematikan service voicemail

Sila kongsi dan sebarkan kepada semua orang cara untuk jimatkan wang bil bulanan dengan mematikan service voicemail untuk pengguna pelan pascabayar.

Sumber - trendingmalaysia.blogspot.com

Anak allahyarham Datuk Sharifah Aini mengimamkan solat jenazahnya

Anak allahyarham Datuk Sharifah Aini mengimamkan solat jenazahnya
Anak allahyarham Datuk Sharifah Aini mengimamkan solat jenazahnya- antara permintaan terakhir binuanita negara allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar terlaksana semalam apabila anaknya Aliff Omar Ali sendiri mengimamkan solat jenazah beliau.
Selain itu, beliau juga meminta stesen televisyen dan media tidak lagi mengeluarkan gambarnya yang tidak menutup aurat.

 Anak allahyarham Datuk Sharifah Aini mengimamkan solat jenazahnya

Permintaan itu dibuatnya dalam program Celik Hati Prof Muhaya di TV9 tidak lama dulu.

Aliff mengimamkan solat jenazah Sharifah Aini di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam. Selepas selesai solat, beliau meminta semua pihak menghalalkan kesilapan yang dilakukan ibunya dan berdoa untuk allahyarham.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan terima kasih kepada semua yang mengambil berat kepada arwah ibu," katanya ketika ditemui selepas selesai pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian, hari ini.
Aliff berkata, ibunya ada meninggalkan pesan buatnya dan keluarga tetapi terlalu peribadi untuk dikongsi.

Beliau yang sedang melanjutkan pengajian di Madinah berkata, beliau kebetulan berada di tanah air kerana sedang bercuti tiga bulan.
Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat Fibrosis paru-paru di Pusat Perubatan Pakar Damansara awal pagi Sabtu. – 6 Julai, 2014.

Sumber -themalaysianinsider.com

Ketahui ayat binasakan syaitan dan jin

Ketahui ayat binasakan syaitan dan jin
 
Ketahui ayat binasakan syaitan dan jin-ayat ini juga boleh dibacakan pada air caranya ialah dengan memasukkan sebagian tangan kita dalam air lalu setiap selesai satu surat kita hembuskan hawa dari mulut yang membaca ayat tersebut kedalam air (sebagian ludah kita masuk dalam air) lalu boleh disemburkan ketubuh pesakit atau diminumkan, reaksi yang akan didapat sangat dasyat sebab akan membuat jin tersebut sangat tersiksa hingga menggelepar-gelepar seperti disembelih, akan lebih sempurna jika dimasukkan dalam air itu 7 lembar daun bidara yang sudah dihaluskan dicampur dengan garam

-Dari pengalaman saya meruqyah, ayat-ayat pembinasa jin ini sangat afdal (Insya Allah) untuk membunuh jin dengan membakar habis tubuh jin tersebut. Jin yang terkena “api ghaib” dari ayat-ayat ini akan berteriak-teriak menangis kepanasan dan menggelepar-gelepar seperti ayam yang disembelih lalu tidak beberapa lama kemudian tubuh yang kerasukannya tenang dan manusia tersebut kembali sedar sepenuhnya.
Saya katakan “api ghaib” kerana dialam jin tidak akan melihat bentuk api yang membakar tubuh mereka namun mereka merasakan hawa (energi) yang sangat panas yang datang bergelombang seperti ombak dilautan (dari tiap ayat yang dibaca) yang membakar tubuh mereka. Dimensi “api ghaib” dari ayat-ayat ruqyah pembinasa yang dibacakan  lebih halus dari dimensi alam manusia dan jin hingga kalangan jin tidak bisa melihat wujud api yang membakar mereka.
Saya sering bertanya puluhan kali pada jin (setiap penanganan kes gangguan jin) ketika mereka menangis minta ampun kerana kepanasan,”apa kalian melihat api yang membakar tubuh kalian?” Tiap jin yang saya tanya selalu dan selalu jin tersebut menjawab tidak melihatnya namun merasakan hawa yang sangat panas membakar tubuh mereka.
Ayat-ayat pembinasa jin adalah :
Ayat-ayat Untuk Membinasakan Jin Dan Syaitan adalah :

Surat Al-Fatihah
Ayat Kursi
Al_baqarah 137
Ali Imran 181
An-Nisa 14
Al-An’am 93
Al-A’raf 117-120
Al-Anfal 12-14
Al-Anfal 17
Al-Anfal 50
At-taubah 26,35
Yunus 88
Hud 56,67,82-83
An nahl 1
Al-Israa’ 18,81
Thaha 97
Al Anbiya 11-15
Saba 48-54
Adz-Dzariyah 10-14
Al-Qamar 19-21
Al-Haaqqah 1-8
An-Nazi’at 1-7,35
Al-Buruj 10
Al-‘Alaq 15-18
 
Sumber - http://darul-mukmin.blogspot.com

Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia

Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia-akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut.
Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.

Sharifah Aini pada Selasa lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan. 

Pesanan terakhir Sharifah Aini kepada peminat

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.
Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.

Allahyarham seterusnya dilamar syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam yang mendapat sambutan hebat. Pernah menghasilkan hampir 100 album, termasuk tujuh album bahasa Inggeris. anak didik Datuk Ahmad Nawab itu menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.

Sumbangan besarnya terhadap industri hiburan negara dihargai apabila menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003.
Hasil perkahwinannya dengan Ali Bakar pada tahun 1981, arwah dikurniakan seorang anak lelaki . Perkahwinan mereka hanya bertahan setahun dan Sharifah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seoran ahli korporat bergelar Datuk tetapi bercerai pada tahun 1992.

Al-fatihah...
 


Keluarga dan rakan artis beri penghormatan terakhir,jenazah Datuk Sharifah Aini selamat dikebumikan.

PETALING JAYA - Jenazah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, yang dibawa dari Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pukul 12.10 tengah hari ini.

Sejak pukul 7 pagi, ramai rakan artis yang sudah menunggu di masjid untuk memberi penghormatan terakhir.
Antara yang kelihatan ialah Uji Rashid, Datuk Hattan, Hail Amir, Zaiton Sameon, Ellie Suriati, Datuk Sarimah Ahmad, Aznah Hamid, Datuk Siti Nurhaliza, Habsah Hassan, Datuk Chef Wan, Fazli Zainal, Salwa Abdul Rahman, Rohana Jalil dan ramai lagi.

sumber- Awani,kosmo

Felixia Yeap telah memeluk agama Islam

Felixia Yeap telah memeluk agama Islam
Felixia Yeap telah memeluk agama Islam -Raisha Rania. Cantik nama itu. Berdasarkan pemeriksaan sebentar tadi, Raisha membawa maksud “pemimpin raja“, sementara Rania pula membawa maksud ‘mempersona‘. Kiranya gabungan nama Islam Felixia Yeap ini membawa maksud ‘pemimpin yang mempersona‘. Cantik. Sesuai dengan orangnya. Panggil Raisha pun sedap didengar, panggil Rania pun best jugak.

Felixia Yeap telah memeluk agama Islam  

Seperti yang kita sedia maklum, Felixia Yeap telah pun selamat memeluk agama Islam semalam. Bertempat di sebuah masjid di TTDI, Felixia telah mengucap dua kalimah syahadah kira-kira jam 6.30 petang dengan ditemani oleh ahli keluarga dan rakan-rakan. Tiada media yang hadir kerana Felixia enggan mendapat liputan di hari penuh bersejarahnya itu.

Felixia Yeap telah memeluk agama Islam  

Selamat datang diucapkan kepada Raisha Rania/Felixia Yeap. Selamat menikmati keindahan menjadi seorang muslimah. Jangan pedulikan kata-kata negatif orang ramai. Anda tahu pilihan ini adalah yang tepat. Selamat berpuasa sebagai seorang Muslimah buat pertama kali juga diucapkan kepada Felixia Yeap.
Sumber - http://beautifulnara.com

Kepentingan Perpaduan kaum

Kepentingan Perpaduan kaum-'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.

Kepentingan Perpaduan kaum

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar. 
Sumber - http://anelyza.blogspot.com

Ketahui solat tarawih

Ketahui solat tarawih
Ketahui solat tarawih-ia bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.
 
Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.
Rasulullah SAW. bersabda; “Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.

Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).


TUJUAN

  1. Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  2. Menggunakannya untuk menghafal kembali surah al-Quran.
  3. Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.”  Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

BACAAN SURAH
  1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
  2. Kebanyakan orang biasanya adalah dengan membaca surah-surah lazim:
      Ketahui solat tarawih

3.  Bermula malam ke 16, boleh juga dibaca mulai daripada surah al-Lail pada rakaat pertama sehingga surah al-Masad, iaitu 20 surah bagi 20 rakaat solat Tarawih.

CARA MELAKUKAN SOLAT
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)

1.  Niat:


2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut.


 
 


F.  Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir solat Tarawih.

Doa Solat Tarawih


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلَّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَفْضَلَ صَلَوَاتِكَ الَّتِىْ صَلَّيْتَ عَلَيْهِ، يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ، يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَرَضِىَ اللهُ تَعَالَى عَنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَرَضِىَ عَنَّا وَوَالِدِيْنَا جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ.                                                                           

Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!  Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.

 

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنِ، وَلِلزَّكاَةِ فَاعِلِيْنَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى اْلآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ، وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلاَيَا صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبِحُوْرٍعَيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفِّيْنَ شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ. وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ الله وَكَفَى بِاالله عَلِيْمًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.                                      

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk  di atas Tahta Kehormatan di dampingi  bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!

 

اَللَّهُمَّ فَارِقِ الْفُرْقَانَ وَمُنْزِلِ الْقُرْآنَ بِالْحِكْمَةِ وَالْبَيَانِ [بَارِكِ اَللَّهُمَّ لَنَا فِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ (×3)] وَاعْدَهُ اَللَّهُمَّ عَلَيْنَا سِنِيْنًا بَعْدَ سِنِيْنَ. وَأَعْوَامًا بَعْدَ أَعْوَامٍ عَلَى مَا تُحِيُّهُ وَتَرْضَاهُ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.      

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!


اَللَّهُمَّ إِنَّكَ فِىْ هَذَهِ اللَّيْلَةِ وَكُلُّ لَيْلَةٍ مِنْ لَيَالِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ، عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، فَاجْعَلْنَا اَللَّهُمَّ وَوَالِدِيْنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَمَشَآيِخِنَا وَمُعَلِّمِيْنَآ وَأَقَارِبِنَا وَأَصْحَابِنَا وَالْحَاضِرِيْنَ وَوَالِدِيْهِمْ مِنْ عُتِقَائِكَ مِنَ النَّارِ. [اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ سَآلِمِيْنَ (×3)] وَأَدْخِلْنَا وَإِيَّاهُمُ الْجَنَّةَ آمِنِيْنَ. [اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفْوٌ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا. (×3)]    

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.                                           

Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!

G.   SOLAT SUNAT WITIR


A.   Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru:
Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!
.
Disambut jama’ah dengan lafaz;
Bersolatlah. Tiada Tuhan melainkanAllah.

B.   Cara Melaksanalam 2 Rakaat Pertama

1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
* Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;
Daku solat sunat Witir dua raka’at kerana Allah Ta’ala.
.
.
2.  Bacaan selepas Fatihah:
             Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
             Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun

C.  Selawat Selingan

  1. Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;
 Ya Allah! Kurniailah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami dan  pemimpin kami Muhammad SAW.
.
      2,  Jama’ah menyambut dengan ucapan;
Ya Allah! Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya (Muhammad SAW).

D.  Cara Melaksanakan Satu Rakaat Terakhir

  1. Jama’ah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
* Daku solat sunat Witir satu raka’at kerana Allah Ta’ala.

2.  Pada raka’at terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut;
                  1.  Al-Ikhlas,
                  2. Al-Falaq dan
                  3. An-Naas.

E.  Berdoa Qunut

Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak dari rukuk, iaitu belum melakukan sujud pertama.


F.  Berdoa  

  1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan tasbih sebelum berdoa:


2.   Boleh dibaca doa-doa berikut:

Peringatan

*Lafaz niat di atas boleh digunakan untuk semua orang. Jika menjadi imam atau makmum, pilih salah satu perkataan tersebut dari dalam kurungan.  Jika solat berseorangan perkataan di dalam kurungan tidak perlu dibaca.
*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.
*Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat solat sunat tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.

Panduan Solat Sunat Witir Tarawih.

Selesai Imam membaca doa akhir Solat Sunat Tarawih, Bilal memberitahu tentang Solat Sunat Witir yang akan didirikan dengan menyeru:
 
  • Mulai malam 16 Ramadhan hingga malam akhir Ramadhan lafaz di atas ditambah dengan;
Jemaah:
Bilal:

Jemaah:

Bilal:

Jemaah:

Bilal:

Jemaah:

Bilal:
Jemaah:

B.    Solat Sunat Witir     

Kebiasaannya Umat Islam di Malaysia, menunaikan Solat Sunat Witir selepas Solat Sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Solat Sunat Witir ini dilakukan dengan dua salam secara berjemaah.

1.  Lafaz niat Solat Sunat Witir.

a)  Dua rakaat pertama:
b)  Rakaat akhir:

2. Bacaan Surah:
Selepas membaca surah al-Fatihah di dalam tiap-tiap  rakaat Solat Sunat Witir  dibaca pula surah-surah berikut:
.
3.  Mulai malam 16 Ramadhan hingga akhir bulan Ramadhan, disunatkan pada rakaat terakhir (sebaik bangun dari rukuk sebelum mengerjakan sujud) untuk membaca ‘Doa Qunut’ sambil menadah kedua tangan. Bacaan doanya sama seperti Doa Qunut Solat Subuh, boleh juga dibaca ‘Doa Qunut Nazilah’.


C.    Zikir Selepas Solat Sunat Witir

Lazimnya dibaca:

D.    Membaca Doa:

1. Imam membaca doa pertama:
2. Ramai-ramai membaca al-Fatihah.
3.   Imam menyambung doa yang kedua (doa penutup):
4.  Selesailah sudah Solat Sunat Tarawih dan Witir. Ramai-ramailah kita beristiqamah mengimarahkan malam-malam Ramadhan.
 

Penutup

Demikianlah cara-cara menunaikan Solat Sunat Tarawih dan Sunat Witir untuk mencari keberkatan, kurniaan dan keampunan Allah pada malam-malam bulan Ramadhan yang mulia ini dan terpulanglah  kepada individu memilih dan mengikuti cara yang sesuai  mengikut  kemampuan  dan keikhlasan diri masing-masing..

Sumber - http://shafiqolbu.wordpress.com